Taklimat Bersama TNB Kota Bharu - DAILY REPORTING SELF REGULATED

DAILY REPORTING SELF REGULATED
Sharing Session Daily Reporting to Contractors and Talents SBU AD11kV & Service Kelantan

Lokasi : Dewan Tok Kenali TNB Kota Bharu Kelantan
Tarikh Taklimat : 07.12.2023

Kali ini kami selaku antara kontraktor yang berkaitan dengan kerja-kerja TNB telah menerima jemputan daripada pihak TNB Kelantan untuk tujuan taklimat "Daily Reporting Self Regulated".

Penerangan ini adalah bagi memberi latihan secara berterusan antara TNB - kontraktor untuk membolehkan kerja-kerja di tapak bina berjalan mengikut spesifikasi yang ditetapkan terutama dalam penyediaan perlaporan secara harian kepada pihak TNB.

Peserta - peserta di Dewan Tok Kenali TNB Kota Bharu


Objektif utama taklimat dilakukan bersama pihak kontraktor termasuk HD Jaya Trading Sdn Bhd adalah sepertimana berikut :-
  1. Kurangkan aduan JKR / PBT
  2. Panduan staff TNB dan kontraktor
  3. Pematuhan keselamatan
  4. Pemantuan status kerja jarak jauh
  5. Dokumen sokongan bagi melaporkan atau membuktikan status kerja di dalam Lembaran Kerja Selesai (LKS)
TNB juga menfokuskan pematuhan peraturan yang ditetapkan perlu dititikberatkan kerana ianya bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti pembinaan tetapi juga boleh memberi risiko kepada keselamatan pihak kontraktor dan orang ramai sepanjang kerja-kerja dijalankan.

Taklimat yang dilakukan ini bukan sahaja memberi impak dalam hubungan dua hala antara kontraktor dan pihak TNB, ianya juga memberi pemahaman yang lebih baik dalam melakukan kerja di tapak dan penyediaan laporan yang ditetapkan.

CONTACT US

Comments

Popular posts from this blog

INTRODUCTION OF THE COMPANY

Tawaran Kerja Kosong SITE ENGINEER (Electrical)

Pemasangan Tenaga Solar Bagi Penjanaan Tenaga Elektrik