SISTEM PENGURUSAN LEAN (LEAN MANAGEMENT SYSTEM)
Sistem pengurusan lean (Lean Management System) adalah suatu pendekatan pengurusan yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pembaziran dalam proses perniagaan. Konsep ini berakar daripada Sistem Pengeluaran Toyota (TPS), yang dikenali sebagai salah satu sistem pengurusan yang paling berjaya dalam industri pembuatan.
Sistem pengurusan lean menekankan pengurangan pembaziran (waste) dalam pelbagai bentuk, termasuk masa, bahan, tenaga kerja, dan sumber daya lain. Pendekatan ini direka untuk mencipta nilai tambah sebanyak mungkin bagi pelanggan dengan cara yang paling efisyen dan berkesan.
Sistem pengurusan lean juga merupakan kaedah sistematik untuk meminimumkan pembaziran dalam sistem pembuatan/perkhidmatan dalam sesuatu syarikat tanpa menjejaskan produktiviti, yang boleh menyebabkan masalah. Ia juga mengambil kira pembaziran yang terhasil melalui beban lebih, dan ketidaksamaan dalam beban kerja.
Beberapa prinsip utama dalam sistem pengurusan lean melibatkan:
(1) Kenalpasti Pembaziran: Mengenalpasti dan mengurangkan pelbagai bentuk pembaziran dalam proses pengeluaran atau perkhidmatan.
Sebagai contoh :
- Lewat tiba di tapak bina (pembaziran masa) yang akan merencatkan kerja-kerja pembinaan.
- Penggunaan bahan binaan yang sewenang-wenangnya tanpa kawalan.
- Tidak melakukan penyimpanan bahan binaan dengan selamat dan boleh memberi risiko rosak.
(2) Penghargaan terhadap Nilai Pelanggan: Menumpukan kepada mencipta nilai bagi pelanggan dan menghapuskan aktiviti yang tidak memberikan nilai tambah.
Sebagai contoh :
- Melakukan kerja penurapan jalan dengan kemasan yang elok dan baik.
- Bahan binaan disusun dengan sempurna untuk keselamatan semua pihak.
(3) Sistem Pengeluaran/Perkhidmatan yang Fleksibel: Mencipta sistem pengeluaran/perkhidmatan yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan pelanggan dan pasaran.
Sebagai contoh :
- Latih pekerja untuk memiliki keterampilan yang serbaguna dan dapat beradaptasi dengan berbagai tugas.
- Libatkan pekerja dalam proses pengambilan keputusan dan dorong mereka untuk memberikan cadangan peningkatan.
(4) Peningkatan Berterusan: Memberi tumpuan kepada proses penambahbaikan berterusan (kaizen principle) untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti.
Sebagai contoh :
- Pengenalan sistem digital dalam pengurusan sumber manusia adalah satu inisiatif yang sesuai dan dapat menjimatkan masa pihak pengurusan seperti pengenalan diri "face detection" di mana-mana tapak projek menerusi penggunaan telefon pintar.
- Rekod dikemaskini oleh penyelia untuk merekod mana-mana lebihan bahan binaan untuk tujuan pengiraan kosting menerusi penggunaan sistem digital di tapak bina.
(5) Penghargaan terhadap Pekerja: Mengakui dan menghargai sumbangan pekerja dalam meningkatkan proses perniagaan.
Sebagai contoh :
- Pekerja yang cemerlang diberi penghargaan menerusi imbuhan tertentu.
- Pekerja yang bermasalah juga hendaklah diberi kaunseling / nasihat dan teguran secara berekod untuk tujuan pemantauan.
(6) Pengurusan Inventori yang Efisyen: Mengurangkan stok yang tidak perlu dan menguruskan inventori dengan lebih efisyen.
Sebagai contoh :
- Pengurusan stor adalah penting bagi memastikan stok yang disimpan dalam keadaan selamat dan teratur. Gunakan kreativiti dan hasil perbincangan bersama untuk melihat permasalahan yang ada di dalam setor.
Kesemua ini dapat dicapai sekiranya pihak pengurusan syarikat mengenalpasti setiap permasalahan dan sebagai panduan menggunakan konsep 4M amatlah penting dalam hal ini iaitu :
- MAN - sumber manusia, pekerja
- MACHINE - mesin, kelengkapan bekerja
- METHOD - prosedur, cara kerja, panduan, SOP
- MATERIAL - bahan mentah, intentori, stok
Nilai setiap 4M tadi secara berkumpulan dalam memastikan sistem pengurusan lean dapat dicapai secara berperingkat tetapi berterusan. Langkah ini jika diamalkan sudah pasti akan meningkatkan daya saing syarikat.
Penerapan sistem pengurusan lean tidak terhad kepada industri pembuatan sahaja; banyak organisasi dalam pelbagai sektor, termasuk perkhidmatan dan pentadbiran, telah mengambil upaya untuk mengamalkan prinsip-prinsip lean bagi meningkatkan prestasi mereka. Sistem pengurusan lean memberi tumpuan kepada penghapusan pembaziran dan peningkatan kecekapan untuk mencapai hasil yang optimum.
HD Jaya Trading Sdn Bhd (HDJSB) was set up in the year 2013 as a fully Bumiputera company, registered with CIDB and acting as a TNB vendor. The company was originally established to provide electrical and civil work services producing high-quality projects.
HDJSB is managed by local experienced, highly skilled and professional staff in management, engineering and technical fields to achieve their “Vision and Mission”.
Comments
Post a Comment